HARAP MAKLUM! TERDAPAT PERUBAHAN TARIKH

Thursday, February 21, 2008

Kerana Allah s.w.t kita teruskan Perjuangan

Alhamdulillah, dengan berkat dan syafaat Baginda Rasulullah s.a.w., MUHDZUHAILI Services kini telah berkembang begitu pesat meskipun belum mencecah usia yang pertama. Perjuangan yang diterajui oleh saya sememangnya suatu perjuangan yang belum selesai dan perjuangan yang amat berat untuk dipikul. Dugaan demi dugaan timbul, tetapi kita harus maju kedepan dan jangan sesekali mundur kebelakang.

Seperti mana kebanyakkan para pegawai serta rakan-rakan seperjuangan mengatakan, "Membuat perkara baik bukan suatu yang mudah". Saya setuju dengan kenyataan ini. Zaman sudah berubah. Dan ini adalah zaman fitnah [akhir zaman]. Perkara yang baik diperkatakan dosa, dan perkara yang mungkar digalak-galakkan. Kita sedia maklum akan perkara ini. Tetapi yang sedihnya, bukan datang dari bangsa dan agama yang lain, bahkan ia datang dari bangsa sendiri dan saudara SeIslam kita sendiri. Saya amat khairan dan pelik dengan kenyataan sesetengah pihak yang ragu-ragu terhadap MZ Services. Ya, saya adalah seorang pelajar dari PERGAS [Persatuan Ulama & Guru-guru Agama Islam Singapura].

Kita anggaplah ini sebagai dugaan Allah s.w.t. Saya amat maklum, masih ada yang tidak senang dengan wujudnya MUHDZUHAILI Services, tetapi kita harus maklum bahawa kita sama-sama umat Nabi Muhammad s.a.w. dan kita sama-sama mengucap "Laillahaillah, Muhammadur Rasulullah".

Kepada semua staff, pegawai, sukarelawan dan para jemaah sekalian, jutaan terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan. Saya menyeru agar kita terus bersatu kerana kita yakin bahwa apa yang kita lakukan ini bukan kerana saya, bukan kerana harta, bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah s.w.t..Pegang prinsip ini.
Semoga kita teruskan usaha yang murni ini tanpa rasa takut akan bisikan syaitan yang direjam.

Sekian,

Wassalam
Muhummad Zuhaili

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Webcam, I hope you enjoy. The address is http://webcam-brasil.blogspot.com. A hug.