HARAP MAKLUM! TERDAPAT PERUBAHAN TARIKH

Friday, November 23, 2007

Jangan cuba mencabar kewibawaan Pimpinan & Pentadbiran

Masjid Al-Muttaqin - Pihak kami amat maklum bahawa terdapat sesetangah pihak yang mahu menyekat kegiatan-kegiatan kami. Ada pula yang mahu menghapuskan riwayat MUHDZUHAILI Services dari alam yang nyata ini.
"Walaubagaimanapun, kami tidak akan tunduk dengan pihak yang mahu memperalatkan MZ Services. Memang ada yang tidak benarkan kami menganjur apa-apa program pun sama sekali, tetapi kita harus sedar bahawa MZ Services ini mempunyai peraturan dan pemimpin. Jadi, kita sepatutnya bersama pemimpin kita dan bukan mendengar apa dikatakan oleh orang luar yang mahu menjadikan MZ Services ini seolah-olah "Lembuh cucuk hidup"..."- Pengarah Urusan, Muhammad Zuhaili

Pengarah Urusan kami menegaskan bahawa, MZ Services berkhidmat untuk semua pihak dan bukan hanya tertumpu kepada satu. Dengan ini, kita semua bukan seperti katak dibawah tempurung. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mahu diperintah dan memerintah. Tetapi, beliau mahu persetujuan oleh pemimpin dan para pegawai MUHDZUHAILI Services sendiri.

Beliau juga menegaskan," undang-undang tetap ada. If you want to work with us, anda harus melalui channel yang betul kerana kami juga mempunyai peraturan seperti badan-badan lain. Bukan kita tidak ada email atau nombor telefon pegawai, semuanya dah disediakan. And you must listen to what we say also cause we will not only listen to you....Memang saya ini pendiam selaku pengarah urusan, tetapi jangan sesekali cuba mencabar kerana saya memang pantang dicabar..."

Beliau membuat kenyataan ini selepas bertemu dengan Ust Sodiqin di Masjid Al-Muttaqin dimana LPM Al-Muttaqin telah meluluskan MUHDZUHAILI Services untuk bekerjasama dengan pihak Masjid serta YAQIN [Youths of Al-Muttaqin]. Muhammad Zuhaili juga baru pulang dari Sabah, Selasa lalu.

No comments: