HARAP MAKLUM! TERDAPAT PERUBAHAN TARIKH

Tuesday, August 4, 2009

Malam Nisfu Syaaban

Lima belas hari bulan Syaaban yang sering disebut dengan Malam Nisfu Syaaban adalah termasuk hari kebesaran Islam, kerana pada malam ini mengandungi banyak kelebihan dan Allah menurukan rahmatNya serta memberikan pengampunan kepada hambaNya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Malaikat Jibril mendatangiku pada malan Nisfu (15) Syaaban, seraya berkata: "Hai Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu Rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah, angkat kepalamu dan tadahkan tanganmu ke langit". Aku bertanya: "Hai Jibril, malam apakah ini?"

Jibril menjawab: "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus-menerus meminum khamar (arak), terus-menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu dan bapa orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu."

[Hadith riwayat Abu Hurairah]
Dengan itu, marilah kita memohon keampunan daripda Allah s.w.t agar kita mendapat ketenganan di dunia & di akhirat kelak. Memperbanyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah semoga kita mendapat Rahmat & kasih SayangNya pada malam yang penuh dengan Rahmat ini. Amin Ya Robbal 'Alamin

Saturday, May 9, 2009

Majlis Zikir


Sesungguhnya berzikir kepada Allah s.w.t merupakan sebaik-baik ibadah kerana ibadah yang lain hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Namun ibadah berzikir tidak tertakluk waktunya.

Ibadah yang amat utama sekali ialah sembahyang. Namun demikian, ia hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Dimana, ada masa yang dilarang untuk mendirikan sembahyang seperti sesudah sembahyang Subuh hingga matahari kelihatan meninggi. Begitu juga sesudah sembahyang Asar sehingga matahari terbenam.

Puasa pula hanya dilaksanakan pada sebelah siang hari tetapi bukan pada sebelah malam.

Sama juga dengan membaca Al-Quran. Ia dialarang kepada mereka yang berada didalam keadaan berjunub, yakni hadas besar. Larangan sebegini dikenakan disebabkan kehormatan Al-Quran dan kebesarannya.

Namun dalam ibadah berzikir, Allah s.w.t telah memberikan peluang yang luas untuk dikerjakan.

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berfirman:

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ (١٥٢

"Oleh itu berzikirlah (ingatlah) kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Al-Baqarah: 152)

Dengan ini, menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah menyeru kepada hamba-hambaNya iaitu kita untuk sentiasa mengingatiNya dengan melakukan amalan-amalan soleh seperti berzikir kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. lagi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا (٤١) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٤٢

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) berzikirlah (ingatlah) serta sebutlah nama Allah dengan zikir (ingatan) serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab: 41-42)

Dengan ini, jika kita menyatakan bahawa kita ini orang yang beriman, wajiblah bagi kita untuk memperbanyakkan berzikir kepada Allah sw.t. Tidak lain dan tidak bukan, memohon keampunan daripadaNya dan juga RahmatNya. Oleh itu, adakan berzikir kepada Allah ini merupakan satu kesalahan dan dosa yang besar?
Daripada kita berkumpul (beramai-ramai) untuk melakukan kemungkaran dengan mengata, mengeji orang lain dan lain-lainnya, adalah lebih baik jika kita berkumpul untuk berzikir kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w telah bersabda:
“Tiada suatu perkumpulan yang berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid-masjid), mereka berzikir kepada Allah Ta’ala dengan mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala, melainkan Allah akan mengampunkan segala dosa dan akan mengubah semua kejahatan mereka menjadi kebaikan.”

Dengan ini, jika berzikir itu diadakan di dalam suatu majlis yang ramai, ia merupakan suatu yang dituntut dan dianjurkan. Wallahu-a’lam.

Sumber: Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman (Imam Habib Abdullah Haddad)

Sunday, April 12, 2009

Monday, March 16, 2009

Maulidur Rasul 1430H




Terima Kasih diatas Sokongan Anda

Thursday, February 5, 2009

Monday, January 26, 2009