HARAP MAKLUM! TERDAPAT PERUBAHAN TARIKH

Wednesday, October 1, 2008

Ucapan Hari Raya


Assalamualaikum Wr. Br.


Salam Aidilfitri kepada semua Muslimin & Muslimat di Singapura mahupun mereka yang berada diperantauan.


Bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat telahpun meninggalkan kami. Sayup rasa hati apabila bulan perpaduan ini meninggalkan kita dengan begitu pantas sekali. Namun demikian, perpaduan yang diraih harus dikekalkan hingga menarik nafas yang akhir demi kegemilangan ummah. Perpaduan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. amat sempurna sekali. Oleh itu, jangan sesekali kita memecah belahkan perpaduan yang ada.


Kita harus sedar, masa kini berjalan dengan cepat. Hari berganti demi hari, bulan berganti demi bulan, tahun berganti demi tahun. Usia pun semakin meningkat. Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakan-rakan seperjuangan, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat. Jangan sesekali kita berasa gentar akan apa yang kita mahu lakukan. Kita mesti bertekad untuk melakukan yang terbaik untuk semua dan bukan mengambil semua perkara dengan sewenang-wenangnya. Ingatlah, bahawa setiap pekerjaan kita di dunia ini, akan dipersoalkan kelak di akhirat.


Saya selaku pengarah urusan MUHDZUHAILI Services ingin menyucapkan, jutaan terima kasih kepada semua para staf, pegawai & sukarelawan serta semua pihak (jemaah) yang telah memberikan sokongan terhadap MUHDZUHAILI Services. InsyaAllah, kami akan terus melakukan yang terbaik demi membangunkan ummah yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat kelak, Amin.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Muhammad Zuhaili

Pengarah Urusan

MUHDZUHAILI Services, Singapore

No comments: