HARAP MAKLUM! TERDAPAT PERUBAHAN TARIKH

Saturday, January 24, 2009

Pemuda Azfar

Friday, January 16, 2009

Ya Allah, selamatkanlah rakyat Palestine

Look at the video footage below to see the attack by the Israel towards Gaza City.
Ya Allah, seperti mana Engkau telah menghantar burung Ababil kepada kaum Musyrikin,
Engkau hantarkan lah pertolonganM kepada Hamba-hambuMu di Palestine ini Ya Allah...





Friday, January 9, 2009

keADILan untuk rakyat Palestine

Penderitaan rakyat Palestine semakin kedengaran. Kekejaman rejim Israel (Yahudi) dapat dilihat dengan mata yang kasar hampir tiap-tiap hari dikaca television kita. Dimanakah keadilan terhadap mereka yang tidak berdosa?

Lebih dari 30 rakyat Palestine terkorban hampir tiap-tiap hari diatas kekejaman yang dilakukan oleh pihak Yahudi. Oleh itu, marilah kita sebagai umat islam Singapura, mendoakan keselamatan rakyat Palestine yang tidak berdosa. Semoga Allah s.w.t memberikan mereka perlindungan dunia & akhirat kelak, InsyaAllah. Amin Ya Robbal A'lamin.


RENUNGAN BERSAMA

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat"

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
DOA UNTUK RAKYAT PALESTINE
Ya Allah, Engkau ampunkanlah sekalian mereka yang telah terkorban diatas kezaliman musuh mereka.
Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan Iman terhadap rakyat-rakyat Palestin. Berikanlah mereka kebebasan, berikanlah mereka keadilan, berikanlah mereka petunjuk agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka sebagai seorang Muslim.
Ya Allah, hanya Engkau lah yang dapat memberikan mereka pertolongan.
Ya Robbal A'lamin



Wednesday, December 31, 2008

Monday, October 20, 2008

Sokongan yang diberikan amat memberansangkan

Alhamdulillah, perjumpaan Hari Raya yang diadakan semalam amat memuaskan. Antara jam 1.30 (Selepas Zohor), suasana perjumpaan ini semakin meriah dengan kehadiran para hadirin yang melempah-lempah.

Kami berasa amat bebesar hati dengan hadirnya beberapa orang yang ingin bekerja sama dengan pihak kami. Mereka juga sanggup membawa proposal untuk dibentangkan kepada kami. Dengan sokongan yang diberikan ini, kami akan terus melakukan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat. Kami hanya berdoa agar diberikan kekuatan dan petunjuk untuk terus berjuang. Semoga segala usaha kita sekalian mendapat keredhaan Allah s.w.t, Amin

Wednesday, October 1, 2008

Ucapan Hari Raya


Assalamualaikum Wr. Br.


Salam Aidilfitri kepada semua Muslimin & Muslimat di Singapura mahupun mereka yang berada diperantauan.


Bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat telahpun meninggalkan kami. Sayup rasa hati apabila bulan perpaduan ini meninggalkan kita dengan begitu pantas sekali. Namun demikian, perpaduan yang diraih harus dikekalkan hingga menarik nafas yang akhir demi kegemilangan ummah. Perpaduan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. amat sempurna sekali. Oleh itu, jangan sesekali kita memecah belahkan perpaduan yang ada.


Kita harus sedar, masa kini berjalan dengan cepat. Hari berganti demi hari, bulan berganti demi bulan, tahun berganti demi tahun. Usia pun semakin meningkat. Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakan-rakan seperjuangan, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat. Jangan sesekali kita berasa gentar akan apa yang kita mahu lakukan. Kita mesti bertekad untuk melakukan yang terbaik untuk semua dan bukan mengambil semua perkara dengan sewenang-wenangnya. Ingatlah, bahawa setiap pekerjaan kita di dunia ini, akan dipersoalkan kelak di akhirat.


Saya selaku pengarah urusan MUHDZUHAILI Services ingin menyucapkan, jutaan terima kasih kepada semua para staf, pegawai & sukarelawan serta semua pihak (jemaah) yang telah memberikan sokongan terhadap MUHDZUHAILI Services. InsyaAllah, kami akan terus melakukan yang terbaik demi membangunkan ummah yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat kelak, Amin.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Muhammad Zuhaili

Pengarah Urusan

MUHDZUHAILI Services, Singapore

Monday, July 28, 2008